Khamis, 31 Disember 2015

CABARAN, ISU, KESAN, DAN CARA PENYELESAIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT
Pada era globalisasi kini, kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi semakin penting untuk setiap manusia. Manusia dan ICT seakan tidak boleh dipisahkan dan menjadi satu keperluan dalam menjalani kehidupan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesan positif dan kesan negatif terhadap penggunaan ICT. Antara isu yang dapat kami huraikan adalah pengaruh remaja masa kini Melayari sumber-sumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral. Perkara ini nampak seolah-olah satu perkara kecil, tetapi mempunyai kesan yang besar kepada psikolgi dan tindak-tanduk remaja. Akibat daripada sistem pemakanan dan taraf hidup di Malaysia, (khususnya di kawasan Bandar) umumnya seseorang yang berumur 13 tahun ke atas telah mempunyai tahap kematangan biologi yang mencukupi untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Bermakna seseorang perempuan itu telah mampu mengandung dan melahirkan bayi, (telah timbul keinginan seks) tetapi dari segi sosial (dan keperluan sosial dan ekonominya) seseorang itu dalam konteks masyarakat Malaysia kini dia masih belum mampu. Dia masih memerlukan masa di antara 8-10 tahun lagi bagi menamatkan pengajian, mendapatkan pekerjaan yang sesuai (terjamin kewanganya) dan kemudiannya mendirikan keluarga. Dengan melayari gambar-gambar dan cerita-cerita seks (atau berunsur seks) ini boleh meningkatkan ransangan dan  keinginan melakukan hubungan seks.
Seseorang remaja bukan tidak mengetahui bahawa hubungan seks luar nikah adalah berdosa, risiko yang besar dan akan menghadapi kesan yang buruk bagi masa depannya, tetapi ketidak-seimbangan rohani, sosial dan keinginan biologinya menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan hubungan kelamin luar nikah. Meningkatnya bilangan remaja berumur di antara 13-20 tahun yang sanggup melakukan hubungan seks dengan rela dipercayai mempunyai hubungan dengan sumber-sumber gambar/cerita daripada ICT yang berleluasa dan tidak terkawal.  Ianya juga mempunyai hubungan dengan kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.
Antara cara penyelsesaian bagi mengekang masalah ini adalah Bagi mengelak daripada anak-anak remaja melayari sumbersumber/cerita-cerita atau gambar-gambar yang tidak bermoral, pertamanya kesedaran perlu diberikan lebih awal tentang bahaya dan kesan buruknya perbuatan itu. Misalnya seseorang ibubapa dapat menyatakan dalam bentuk nasihat yang penuh berhemah bahawa perbuatan itu akan membawa kesan yang buruk. Ini perlu dilakukan sebelum daripada seseorang itu melakukannya. Ini harus dilakukan sejak dari awal lagi, jangan anak-anak itu sudah terbiasa kerana nasihat dan larangan itu akan menjadi lebih sukar untuk dipatuhi sepenuhnya. Perkara ini juga mesti dikaitkan dengan kesedaran agama bahawa apa yang kita lakukan di dunia ini akan direkod semuanya (sebagaimana keupayaan computer boleh merekodkan segala maklumat, bahkan kerja-kerja Allah adalah jauh lebih canggih). Nanti di akhirat semua ini akan di cetak oleh printer Allah (kita tak dapat bayangkan bagaimana canggihnya printer Allah kerana berupaya mencetak semua rekod manusia daripada Nabi Adam sehingga hari kiamat). Nanti semua perkara yang kita lakukan di dunia ini (termasuklah melihat gambar yang tidak sopan/lucah) akan dihadapkan di mahkamah Allah di akhirat nanti. Oleh itu layarilah ruangan yang mempunyai manafaat kerana ianya juga kan diprint oleh printer Allah di akhirat nanti. Kanak-kanak yang mempunyai asas agama akan lebih mudah memahami dan menerima nasihat yang sebegini.  Selain daripada nasihat berdasarkan agama ini, anak-anak remaja jangan terlalu bebas penggunaan computer (terutamanya komputer riba). Jangan dibiarkan menggunakan computer dalam bilik yang tertutup, kerana ini lebih memungkinkan dia terdorong melayari ruangan yang kurang baik dan merosakkan fikiran dan pemikiran. Letaklah komputer di ruang rumah yang tidak tertutup dan juga berikan had masa yang tertentu bagi penggunaan bagi setiap orang anak. Jangan sekali-kali membiarkan anakanak remaja bebas menggunakan computer semasa ibu-bapa tiada di rumah. 










Sebagai mana yang kita lihat kami akan mengkaji isu yang kedua iaitu isu jenayah siber. Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. Neuro Mancer yang dihasilkan oleh William Ford Gibson pada tahun 1984 telah mengungkap istilah “ruang siber”. Ruang siber bermaksud suatu ruang maya yang menyediakan komunikasi tanpa batasan dan rentas sempadan. Komunikasi melalui ruang siber ini menjadi begitu popular kerana mudah, pantas dan bebas. Mutakhir ini, beberapa aplikasi telah diperkenalkan di ruang siber, misalnya aplikasi komuniti seperti Facebook, Friendster, Myspace, aplikasi sembang-bual seperti Yahoo Messenger, dan aplikasi blog atau catatan harian seperti Blogspot dan Wordpress. Pada 8 Mac 2008, penggunaan blog telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai salah satu punca berlakunya “Tsunami Politik”. Jenayah siber ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga telah membelenggu negara-negara lain seperti Britain dan Thailand. Kini, penggunaan internet yang meluas telah membuka ruang kepada jenayah yang dinamakan jenayah siber. Jenayah siber banyak meninggalkan kesan buruk dan baik kepada individu, institusi syarikat, masyarakat dan negara.
         Implikasi negatif yang timbul daripada jenayah siber ialah menjejaskan urusan melalui talian (on-line). Kini frasa ayat semuanya di hujung jari anda menjadi begitu popular kerana kecanggihan teknologi maklumat mendorong kita untuk memilih sesuatu urusan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Justeru, apabila pihak bank menawarkan perkhidmatan talian atau dikenali sebagai perbankan internet maka ramai yang mengalu-alukan usaha ini kerana mengandaikan perkhidmatan ini akan menguntungkan mereka. Walau bagaimanapun, aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa boleh menyebabkan kita berasa takut untuk berurusan secara talian kerana nombor pin peribadi atau maklumat sulit seseorang berkemungkinan akan di ceroboh oleh penggodam. Tambahan lagi, menurut seorang pakar komputer, seseorang itu dapat mencipta laman web bank yang palsu dengan hanya memiliki sebuah komputer, internet, dan perisian pelayaran. Proses membuat laman web palsu ini juga hanya mengambil masa kira-kira selama dua jam sahaja . Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (Cyber Security), Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri menyatakan bahawa sebanyak 2123 aduan jenayah maya telah diterima pada tahun 2008 iaitu meliputi kes penipuan, kes cubaan mengganggu, kod berniat jahat, ancaman penggodam, gangguan siber dan penafian perkhidmatan.
         Antara akibat jenayah siber juga adalah merugikan banyak pihak terutamanya mereka yang hanya merupakan pengguna komputer. Mereka mengalami kerugian sehingga mencecah angka jutaan ringgit akibat penjenayah menggunakan teknologi maklumat koridor (ICT) untuk melakukan penipuan atau sebagai medium perjudian maya yang melampaui batasan wilayah. Gejala ini semakin menular dan melibatkan ramai orang termasuk golongan yang berpendidikan tinggi. Sebagai contohnya, penjenayah yang berselindung di bawah tiket ‘perdagangan wang asing’; atau ‘dagangan tukaran wang’ dan ‘jualan maya’ bergiat aktif melakukan penipuan terhadap penggunaan komputer. Misalnya seseorang pengguna itu diminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun melalui sesuatu laman web yang dikatakan menjalankan urus niaga itu tetapi sebenarnya urusan tersebut merupakan suatu helah. Aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti perjudian iaitu pertaruhan bagi sesuatu kejohanan bola sepak peringkat dunia juga kerap berlaku. Para pengguna pula tidak menyedari bahawa dirinya telah menjadi mangsa penipuan sehinggalah urusan tersebut telah berjalan dalam beberapa tempoh yang lama dan pengguna tersebut tidak dapat lagi mengesan laman web yang berkenaan, maka pada masa itu barulah pengguna mengetahui mereka telah terjerat.
Antara cara penyelesaian bagi mengekang masalah ini adalah ,negara kita, Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang siber seperti Akta Jenayah Komputer (Akta 563), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588),Akta Cakera Optik 2000 (Akta 606), Akta Tandatangan Digital (Akta 562) dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564) bagi membendung permasalahan ini. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Datuk Abdul Hanan Alang Endut juga menyarankan kepada pihak kerajaan supaya menggunakan pendekatan tradisional serta sains forensik dan teknologi selain daripada hanya menggunakan komputer forensik serta mendapat kerjasama daripada Pusat Tindak Balas Kecemasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NISER) untuk mengatasi jenayah siber ini. Walau bagaimanapun, kerajaan juga mengalami beberapa kekangan dalam membanteras penjenayah siber ini disebabkan kekurangan bukti kerana apabila seseorang itu dihadapkan ke mahkamah pengadilan, mereka pasti terlepas akibat kekurangan bukti yang kukuh. Hal ini menyebabkan penjenayah siber ini terus berleluasa kerana tiada undang-undang terperinci untuk membanterasnya.

         Selain itu, antara usaha lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini daripada terus berleluasa ialah penerapan pendidikan dan kesedaran tentang undang-undang siber. Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah berganding bahu untuk menerangkan kepada masyarakat tentang akibat yang diperoleh kesan penyalahgunaan internet di ruang siber. Usaha ini dijalankan supaya masyarakat di Malaysia mengetahui kebebasan menggunakan internet yang diberikan oleh kerajaan mempunyai had-had yang tertentu. Masyarakat juga harus sedar bahawa kebebasan dan tanggungjawab perlulah seimbang supaya teknologi maklumat yang sepatutnya digunakan untuk membantu pekerjaan seharian manusia tidak membawa padah dan akibat buruk kepada masyarakat lain. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang menjadi penjenayah siber ini juga perlu sedar tindakan-tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati bersalah misalnya seseorang itu akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Penerapan nilai- nilai moral dalam diri seseorang itu juga penting supaya seseorang itu akan sentiasa berada di landasan kebaikan maka penjenayah siber ini tidak akan wujud sehingga menjadi fenomena yang kritikal pada masa kini.















Isu terakhir yang dapat kami kupas ialah pengaruh laman media sosial. Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, “Twitter” dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat masa kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap gaya hidup para remaja. Kemudahan ICT juga telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Seorang remaja yang mudah percaya kepada seseorang yang tidak dikenali (hanya kenal dan berhubung melalui ruang siber) akan membuka ruang seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atasnya. Tahap kematangan yang rendah serta pengaruh emosi serta tekanan keinginan biologi tanpa kawalan social dan undang-undang yang benar-benar ketat mendorong berlakunya hubungan rapat yang tidak sepatutnya berlaku.
Antara punca permasalahan ini adalah struktur masyarakat, persekitaran kejiranan serta struktur keluarga memudahkan seseorang yang berniat jahat mengambil peluang ke atas sesorang. Misalnya seorang gadis yang tinggal di kawasan yang kejiranan tidak saling mengenali di antara satu sama lain dan kedua-dua ibu-bapanya bekerja dengan kemudahan ICT akan memudah dan mendorong dia berhubung dengan seseorang yang tidak dikenalinya. Akibatnya, keadaan akan menjadi lebih mudah jika si-gadis itu berada dalam kesunyian serta si-lelaki yang dikenalinya itu pula benar-benar pandai berpura-pura bersifat baik padanya. Kesannya, kes-kes gadis hilang dan mengikuti lelaki yang tidak sepatutnya dipercayai  mempunyai hubungan dengan persoalan ini. Bahkan ada kes yang si-gadis yang berkenalan melalui alam siber ini, sanggup terbang ke luar negara (ke Amerika Syarikat dan ke United Kingdom dan sebagainya) semata-mata kerana benar-benar percaya berdasarkan semata-mata maklumat daripada komputer. Melalui ICT dan salah guna serta salahtafsir telah banyak gadis-gadis yang menjadi mangsa dan telah diperdagangkan dan dijadikan mangsa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Selain daripada itu, penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pengguna akan berasa seronok sehingga leka dan lalai untuk menyempurnakan urusan mereka. Tambahan pula, penggunaan laman sosial juga memberikan kesan kepada prestasi pelajaran dalam kalangan remaja. Hal ini akan menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntuk untuk mengulang kaji pelajaran.Apabila berlangsungnya sesuatu peperiksaan markah yang diperolehi merosot dari peperiksaan sebelum ini menyebabkan mereka tercari-cari kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbetulkan. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat. Oleh itu, penggunaan laman menyebabkan seseorang itu membazir masa.

Antara cara penyelesaian bagi isu adalah. Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan dirumah dan di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau aktiviti internet anak-anak mereka. Memandangkaninternet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada menggunakan internet amatlah tidak wajar. Namun,langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi masalah ini.Selain itu, di sekolah juga pemantauanharuslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran sekarangbanyak menggunakan internet. Selain itu, nilai-nilai murni juga wajar diterapkan di dalam minda remaja-remaja bagimengelakkan masalah ini daripada bertambah teruk.Selain itu juga, mengehadkan penggunaan internet juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan internet boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupunmengehadkan jenis laman web yang boleh dilawati. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, di sekolah, dan diPusat Siber Kafe. Had penggunaan internet wajar dulakukan kepada kanak-kanak bawah umur bagi mengelakkankerosakan moral anak-anak remaja kita. Disamping itu juga, pengehadan penggunaan internet juga boleh membendunggolongan bawah umur daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman web yang tidak bermoral ini juga merupakan salahsatu langkah yang amat efisien dalam usaha untuk mengurangkan masalah ini. Penggunaan perisian ini sewajarnyatelah diketahui umum kerana ianya merupakan salah satu jalan yang paling naik dalam mengelakkan masalahpenyalahgunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi dan pejabat-pejabat besar.Perisian ini mampu menghalang akses ke laman web yang tidak bermoral ini.Sebagai kesimpulan, masalah penyalahgunaan internet ini wajar dibendung kerana ia akan merosakkan moral muda-mudi dan remaja kita. Justeru, langkah-langkah pencegahan seperti yang saya sebutkan di atas amatlah wajardilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan